Friday, August 11, 2023

Muda didalam hati


 Semalam saya pergi mendengar ceramah politik parti yang dipimpin oleh pemuda Malaysia.Walaupun parti baru,negara kita memerlukan young Turk dan darah baru untuk memulihkan institusi yang tersekat dengan cara pentadbiran yang ketinggalan zaman.

Saya kagum dengan idea idea berkait alam sekitar,harmoni antara bangsa,pendidikan progresif,peluang pekerjaan untuk orang muda dan sebagainya.Haris Ibrahim akan bangga dengan semangat pembaruan anak anak Malaysia ini.

Saya bertuah dapat jadi rakan sekerja lama Cikgu Ayu kerana nilai dan dedikasinya dalam  membantu kanak kanak dengan mendirikan Buku Jalanan Chow Kit.Ramai aktivis yang terlibat dalam kerja sosial penuh keyakinan diri untuk mengubah kehidupan orang marginalised seperti setinggan atau orang pekerja gig ekonomi.

Saya tak nak jadi ULAR (usia lanjut asik rehat) Atau ULAT (usia lanjut asik tidur) tapi nak jadi harimau Malaysia ( Hari hari makan atau usahakan diri).Idea tak boleh dipenjarakan atau semangat berusaha kuat pemuda tak boleh diketepikan.Masa lah tiba untuk ubah naratif lama berdasarkan main politik kebencian dan ketakutan.


No comments: