Sunday, June 26, 2022

Jurang persepsi

Jurang persepsi diantara kalangan golongan pemerintah dan rakyat biasa Perancis di lihat dalam kenyataan Ratu Perancis Marie Antoneitte apabila diberitahu oleh menterinya bahwa rakyat biasa tak mampu beli roti untuk makanan harian. "Biar mereka makan kek". ini sama dengan hal makanan protein yang mampu di beli oleh semua kaum dan rakyat biasa di Malaysia iaitu ayam."Biar mereka makan ikan.". Untuk membuat satu kek,saya paksa guna 5 biji telur ayam.3 tahun dulu telur berharga rm 4.80 atau rm 5.50 bagi telur omega untuk 10 biji.sekarang dah naik sampai rm 5.50 -rm7.00.dengan kekurangan bekalan gandum,tepung gandum akan naik lagi tinggi bersama susu dan mentega.walaupun untuk berjimat perbelanjaan,saya membuat roti,kek dan pie sendiri tapi kos bahan ini sangat tinggi sampai menelan sebahagian besar pencen terhad saya.Jika saya beli kek dan roti artisan di bakeri,mampus la Bulan itu saya terpaksa kurang makan buah buahan atau ubat.Inflasi telah semakin naik. Apa kah strateji selain dari ikat perut?Seumur hidup,kita kerja bertungkus lumus,kita bukan makan gaji buta atau makan suap.terpaksa masa bersara,kita makan angin saja.

No comments: